Music

Header Ads

Sunday, April 14, 2019

Lesen Perniagaan Penting Untuk Dapatkan Bantuan Kewangan Dan Khidmat Nasihat Perniagaan


KUCHING: Peserta yang mengikuti Kursus Online Digital/Asas Keusahawanan yang mempunyai perniagaan sendiri perlu mempunyai lesen perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata dengan adanya lesen perniagaan akan memudahkan mereka memperolehi bantuan yang sewajarnya dalam memperkembangkan lagi perniagaan di masa depan.

"Lesen perniagaan ini boleh dianggap sebagai satu tiket kepada peserta untuk memajukan lagi perniagaan yang dijalankan. 

"Saya dapati ramai di kalangan peserta Kursus Online Digital/Asas Keusahawanan telah menceburi bidang perniagaan sejak beberapa tahun lagi, tetapi masih tidak mempunyai lesen perniagaan.

"Justeru, saya menyarankan agar setiap peserta yang mempunyai perniagaan mendaftarkan perniagaan mereka untuk mendapat lebih banyak manfaat khususnya dalam mendapatkan bantuan kewangan dan nasihat perniagaan," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat kepada 13 peserta Kursus Online Digital/Asas Keusahawanan dari Kampung Selipar Putus Cemerlang di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, semalam. 

Sesebuah syarikat perlu juga mempunyai bank akaun dan laporan kewangan yang membolehkan syarikat itu bergerak mengikut peraturan dan undang-undang perniagaan.

Bercakap mengenai Kursus Online Digital/Asas Keusahawanan, Dr Hazland mahu setiap peserta mengaplikasikan media sosial sebagai landasan untuk memajukan perniagaan sejajar dengan peredaran semasa.

"Gunakan sebaiknnya kemahiran dan pengetahuan dalam media sosial yang dipelajari hari ini seperti membuka akaun facebook dan instagram serta membuat logo syarikat.

"Selain ianya percuma, ianya juga mempunyai ramai pengguna yang boleh dimanfaatkan untuk mempromosikan produk perniagaan," tambahnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top