KUCHING: “Terima kasih banyak Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni di atas bantuan membaik pulih rumah kamek menerusi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS),” demikian menurut pemilik rumah Sebyah binti Rejili dari Kampung Muara Tebas.
PPRMS merupakan projek di bawah Kerajaan Sarawak dalam membantu rakyat membaik pulih rumah agar lebih selesa dan selamat disebabkan kurang berkemampuan.
Tambah Sebyah lagi, beliau tidak sangka terpilih menerima bantuan baik pulih rumah ini yang menurutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland sememangnya seorang yang prihatin.
“Apabila mengetahui nama saya terpilih sebagai penerima bantuan PPRMS, saya bersyukur dan berterima kasih. Ini kerana, saya sekeluarga tidak menjangka rumah kami akan dibaiki secara percuma.
“Memang sebelum ini ada niat untuk membaiki rumah, tetapi disebabkan kos bahan mentah yang tinggi dan kos upah juga meningkat membuatkan niat itu terpaksa ditangguhkan dahulu bagi menyimpan wang.
Sementara itu, Dr Haji Hazland menjelaskan PPRMS ini diadakan adalah bertujuan memastikan setiap rakyat yang mempunyai rumah, tetapi kurang berkemampuan untuk membaikinya dan Kerajaan Sarawak akan membantunya.
“Ada prosedur yang diperlukan dengan mengambil kira pendapatan isi rumah, keadaan rumah dan beberapa keperluan lain.
“Setiap permohonan akan disemak dan diproses sebelum keputusan dilakukan selepas melalui tapisan,” katanya.
No comments:
Post a Comment