Music

Header Ads

Monday, March 23, 2020

ADUN Demak Laut Hulurkan Sumbangan Kepada ‘Frontliners’ Di Dua Buah Klinik Komuniti Di DUN Demak Laut



KUCHING: Keadaan penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan dengan jumlah pesakit yang didapati postif COVID-19 semakin meningkat termasuk jumlah kematian setiap hari. 

Menyedari pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan atau ‘Frontliner’, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni telah menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada dua buah klinik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

“Bantuan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial ADUN Demak Laut dan Pusat Khidmat N5 Demak Laut dalam sama-sama membantu barisan hadapan atau ‘Frontliner’ bekerja 24 jam di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020.

“Sumbangan telah disampaikan staf Pusat Khidmat N5 Demak Laut kepada Klinik Komuniti Demak di Kampung Sejingkat dan Klinik Komuniti di Kampung Tabuan Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.


Bantuan berupa makanan ini bagi meringankan beban jururawat dan petugas perubatan bagi terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat. 

Ketika ini barisan hadapan seperti doktor, jururawat, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, RELA dan sebagainya bekerja 24 jam dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan mengurus pesakit setiap hari. 

Dalam pada itu, Dr Hazland menyeru masyarakat khususnya mereka yang tinggal di kawasan DUN Demak Laut agar mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

“Setiap hari kita menyaksikan jumlah pesakit positif COVID-19 meningkat termasuk jumlah kematian. 

“Keadaan ini cukup membimbangkan dan meminta orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa dan kerajaan untuk duduk di rumah.

“Hanya dengan cara ini akan menyebabkan rantaian virus itu mereka akan terputus seperti yang dilakukan Kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top