Music

Header Ads

Wednesday, April 29, 2020

Kerjasama Kerajaan Dan Rakyat Untuk Pastikan Penularan Wabak Pandemik COVID-19 Dapat Dilaksanakan


KUCHING: Dalam memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 dapat dibendung, kerjasama dua pihak antara kerajaan dan rakyat perlu diperkukuhkan. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata memasuki hari ke 43 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keadaan pengawalan COVID-19 mula menunjukkan tanda positif. 
“Terdapat empat pelan utama dalam pelaksanaan PKP di Malaysia, iaitu dua tindakan dari kerajaan dan dua tindakan daripada rakyat.
“Empat pelan ini memerlukan kerjasama kedua-dua pihak bagi memastikan kejayaan positif dapat dicapai,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya di Facebook Hazland Hipni pada Rabu. 

Mengulas mengenai tindakan kerajaan dan rakyat itu, Dr Hazland menambah kedua-duanya saling berkaitan dan memerlukan kerjasama.
“Tindakan yang telah diambil kerajaan adalah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan dan Kawalan Sempadan.
“Manakala, bagi rakyat pula mereka perlu mematuhi setiap arahan PKP dengan duduk di rumah dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
“Menerusi kerjasama kedua-dua pihak sepanjang PKP, kita telah berjaya melandaikan lengkung dan mengawal penularan COVID-19,” tambahnya. 

Dalam pada itu, ujar Dr Hazland lagi selepas PKP ini, pastinya gaya dan norma kehidupan baharu akan menjadi satu amalan kehidupan baharu bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini tidak berulang. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top