KUCHING: Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang diilham Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan dilaksanakan sejak pada tahun 2018 hingga kini bukan sahaja membantu rakyat yang susah, tetapi juga berkongsi ‘rezeki’ bersama Kerajaan Sarawak.
‘Rezeki’ ini tidak terkecuali dikongsi bersama masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang turut menerima bantuan baik pulih rumah menerusi PPRMS.
Kali ini, seramai tiga orang penerima iaitu Mohamad bin Bujang dari Kampung Tabuan Lot, Zainuddin bin Zainal dan Dayang Rabia Awang Kaderi masing-masing dari Kampung Tabuan Hilir melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Hazland dan Kerajaan Sarawak atas bantuan bauk pulih rumah ini.
No comments:
Post a Comment