DEMAKL LAUT, Kuching: Pemberian bantuan sama ada berupa wang tunai, barangan atau perkhidmatan bukanlah untuk meringankan beban semata-mata, sebaliknya bertujuan menjalinkan ikatan persaudaraan lebih erat lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini kerana bantuan yang diberikan itu mampu untuk memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang sedia terjalin selama ini.
“Bantuan atau sumbangan bukan sahaja akan meringankan beban penerima, tetapi juga akan menjalinkan ikatan persaudaraan untuk lebih akrab lagi.
“Ianya juga akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima yang menganggap bantuan ini amatlah diperlukan.
“Sebaliknya bantuan yang ikhlas tidak akan mengharapkan balasan atau penghargaan,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Dana Tahunan JKKK Kampung Sejingkat Hilir, Kampung Sejingkat Hulu, KRT Kampung Sejingkat Hilir, KRT Kampung Sejingkat Hulu dan Tadika KEMAS Kampung Sejingkat pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Hazland mentakrifkan bantuan sebagai satu bentuk perjuangan untuk meningkatkan prestasi kepada penerima.
“Penerima bantuan pastinya akan bermotivasi dan bersemangat selepas menerima bantuan dan sumbangan yang sememangnya diperlukan.
“Selain meningkatkan kualiti, ia juga akan turut meningkatkan prestasi penerima dalam mencapai apa yang dihajati,” ujarnya. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment