Music

Header Ads

Saturday, August 15, 2020

SK Senari Dibangunkan Semula Di Bawah RM1 Bilion Fasa 1, Ambil Masa 2 Tahun Untuk Disiapkan


DEMAK LAUT, Kuching: SK Senari merupakan sebuah sekolah yang dibangunkan semula di bawah peruntukkan RM1 bilion yang dibiayai Kerajaan Sarawak. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata kerja-kerja pembinaan semula sekolah tersebut telah dimulakan pada 10 Julai 2020. 



“Projek pembangunan semula SK Senari telah dimulakan pada 10 Julai 2020 dan dijangka siap pada 9 Julai 2022 dengan anggaran kos sebanyak RM7 juta. 


“Skop kerja melibatkan pembangunan semula bangunan pentadbiran, sokongan dan kuarters. 



“Dengan adanya bangunan baharu ini akan meningkatkan lagi kualiti pendidikan akademik anak-anak Kampung Senari,” katanya semasa berucap dalam Sesi Perbincangan Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Di Bawah Peruntukkan RM1 Bilion (Fasa 1) di SK Senari pada Jumaat. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top