Music

Header Ads

Sunday, August 16, 2020

Dialog Kaedah Terbaik Cari Jalan Penyelesaian Ke Atas Kemusykilan Dan Kekeliruan Selama Ini


DEMAK LAUT, Kuching: Dialog atau perbincangan dua hala merupakan kaedah terbaik untuk mencari dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini lebih bermakna apabila adanya penglibatan dua atau lebih pihak dalam mengutarakan pendapat, cadangan, persoalan dan cara penyelesaian. 


“Dialog merupakan perbincangan dua hala yang lebih bermakna dari monolog, iaitu pengucapan satu hala.



“Menerusinya, banyak kemusykilan, kekeliruan dan ketidakfahaman akan dapat dirungkai tentang sesuatu perkara,” katanya selepas mengadakan Program Dialog Isu-Isu Kampung Untuk Kepimpinan Tertinggi Kampung Tabuan Tengah pada Sabtu. 


Antara mereka yang turut serta dalam dialog tersebut ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), surau, Saberkas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Rela dan sebagainya.


 

Jelas Dr Hazland lagi, menerusi dialog juga kedua-dua pihak akan saling memahami antara satu sama lain. 


“Akhirnya mereka yang terlibat dalam dialog ini akan lebih memahami antara satu sama lain terutama dari segi pengalaman kehidupan seharian, cabaran dan rintangan,” jelasnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top