Music

Header Ads

Sunday, August 16, 2020

Sembang Kedai Kopi Banyak Manfaat Sebagai Wakil Rakyat - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Tidak semestinya dalam majlis rasmi, tetapi boleh juga di kedai kopi untuk berjumpa dan mendengar keluhan masyarakat. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini sesuai dengan ruang lingkupnya sebagai wakil rakyat. 


“Kedai kopi adalah tempat yang paling mudah dan rehat untuk mendengar keluhan masyarakat sambil mencari penyelesaian terhadap apa jua isu-isu di bawah ruang lingkup tugasan wakil rakyat. 


“Selain santai, ianya membuka ruang bicara tanpa formal yang membolehkan masyarakat menyuarakan apa sahaja yang hendak diperkata,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat. 



Tambah Dr Hazland lagi, kaedah ini telah lama dipraktikannya sejak mula menjadi wakil rakyat memandangkan kawasan yang diwakilinya mempunyai merupakan pinggir bandar dan banyak kampung. 


“Biarpun di kedai kopi, apa yang penting segala permasalahan dan keluhan masyarakat didengar secara terus daripada pengadu. 


“Jika perkara itu dapat diselesaikan secara terus, itu akan dilakukan. Jika tidak, ianya akan dibawa balik untuk dilihat sebelum keputusan itu dimaklumkan terus kepada masyarakat apabila ada jawapannya. 


“Kebanyakan masalah ini berkisar tentang kurang kefahaman atau kekeliruan ke atas sesuatu perkara, tetapi demi rakyat ianya akan tetap diselesaikan,” tambahnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top