Music

Header Ads

Tuesday, August 18, 2020

Kursus Kemahiran Boleh Dijadikan Kerjaya Dan Mampu Memperoleh Pendapatan Lumayan - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Seramai 20 orang belia Kampung Tabuan Lot telah menjalani Kursus Asas Pengendalian Penghawa Dingin.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni kursus ini merupakan kesinambungan kursus yang pernah diadakan sebelum ini kepada belia-belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.


“Kursus kemahiran untuk para belia ini adalah program tetap untuk setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut sejak beberapa tahun ini.


“Selain Kursus Asas Pengendalian Penghawa Dingin, turut diadakan Kursus Pendawaian, Kimpalan, Simen Fero, ‘Fibreglass’, Gunting Rambut, Makanan Sejuk, Pemasaran Atas Talian dan sebagainya.


“Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia tentang aspek kemahiran yang boleh dijadikan kerjaya dan memperoleh sijil bagi menceburi bidang perniagaan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya baru-baru ini.  



Jelas Dr Hazland lagi, selepas memperoleh ilmu kemahiran dan sijil, mereka yang berhasrat untuk menjadikan kemahiran ini sebagai kerjaya sebagai usahawan boleh memohon bantuan kepada Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).


“Antara program yang telah disediakan Kerajaan Sarawak ialah Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Graduan Kearah Keusahawanan (GERAK) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana Sarawak (SPIKS).


“Menerusi bantuan-bantuan Kerajaan Sarawak ini, belia boleh bergerak ke hadapan untuk terus menceburi bidang keusahawan yang boleh memberi pendapatan yang lumayan,” jelasnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top