DEMAK LAUT, Kuching: Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong peranan yang dimainkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) sama ada di peringkat negeri mahupun kawasan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, menerusi penganjuran pelbagai aktiviti dan program akan meningkatkan lagi tahap kesejahteraan rakyat.
“Dalam merealisasi hasrat Kerajaan Sarawak itu, setiap NGO’s perlu memikirkan bentuk aktiviti dan program yang akan dilaksanakan supaya ianya mencapai matlamat.
“Justeru, dengan adanya bantuan dana tahunan daripada kerajaan dan Pusat Khidmat N5 Demak Laut ianya akan memberikan kesan dan impak yang positif kepada pertubuhan itu dan seterusnya kepada kampung tersebut,” katanya semasa berucap dalam penyampaian sumbangan dana kepada Tabika KEMAS Tanjong Bako, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjong Bako dan SABERKAS Tanjong Bako.
Dr Hazland menambah, setiap NGO’s perlu juga memastikan dana tahunan ini digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan masyarakat setempat turut mendapat manfaatnya.
“Pastikan dana tahunan ini dibelanja dan diuruskan dengan baik supaya ianya memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat di setiap kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut,” tambahnya. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment