Music

Header Ads

Tuesday, August 18, 2020

Kolaborasi Bersama NGO’s Cara Terbaik Mentadbir Kawasan Di DUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Menjalinkan kolaborasi di antara pemimpin dan penggerak masyarakat khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) di peringkat kawasan adalah cara terbaik untuk mentadbir sebuah kawasan yang besar seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, menerusi kolaborasi ini setiap perancangan daan dapatan mengenai permasalahan setempat dapat ditangani dengan baik.


“Mungkin ada yang terlepas pandang dalam menangani isu-isu di peringkat kawasan.


“Dengan jumlah kampung yang banyak, penduduk yang ramai dan kawasan yang luas, sudah semestinya pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh setiap golongan masyarakat.


“Untuk itu, kerjasama dengan NGO’s seperti agensi kerajaan, parti politik, pengerak masyarakat, dan sebagainya akan membawa hasil terbaik dalam meningkatkan lagi kesejahteraan kehidupan masyarakat,” katanya semasa berucap dalam Perjumpaan Bersama Penggerak Masyarakat pada Ahad lepas. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top