Music

Header Ads

Friday, October 30, 2020

Taman Islam Darul Hana Satu Lagi Mercu Tanda Kebanggaan Negeri Sarawak


DEMAK LAUT, Kuching: Sebuah Taman Islam Darul Hana merupakan satu lagi mercu tanda negeri Sarawak telah dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  dan ditemani oleh Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib bersempena sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M yang telah diadakan pada Khamis. 


Majlis turut disaksikan bersama Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.



Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang HIpni, Taman Islam Darul Hana ini merupakan suatu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Sarawak. 


“Perasmian Taman Islam Darul Hana pada malam ini (Khamis) adalah suatu lagi mercu tanda bagi rakyat Sarawak khususnya masyarakat Islam di negeri ini.


“Ianya melambangkan kesucian agama Islam yang sarat dengan unsur-unsur keindahan Islam dan perpaduan kaum yang ada di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Taman Islam Darul Hana di perkarangan Masjid Darul Hana pada Khamis. 



Taman yang terletak dalam keluasan tanah 12 ekar di perkarangan Masjid Darul Hana yang bernilai RM6.8 juta itu telah dibangunkan oleh Lembaga Penjagaan Tanah dan Pembangunan (LCDA) yang bermatlamat untuk mereliasasikan inisiatif kerajaan negeri bagi melahirkan konsep 'masjid dalam taman'.



Fasa pertama telah siap pada bulan Oktober, sementara bagi fasa kedua akan bermula pada bulan depan dengan keseluruhan keluasan tanah adalah dalam sekitar 12 ekar. 


Hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datu Misnu Taha, Dato' Sri Mohd Abu Bakar Marzuki dan tetamu-tetamu kenamaan lain. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top