Music

Header Ads

Wednesday, November 18, 2020

9 Buah Katil Penjagaan Pesakit Dipinjamkan Kepada Pesakit Kronik Di Beberapa Buah Kampung Dalam DUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Sebanyak 9 buah katil penjagaan pesakit telah dipinjamkan kepada pesakit-pesakit kronik di beberapa buah kampung di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, perkhidmatan pinjaman katil penjagaan pesakit ini bertujuan memudahkan urusan dan memberikan keselesaan kepada pesakit.


“Kemudahan pinjaman katil penjagaan pesakit ini merupakan satu khidmat yang diberikan kepada pesakit-pesakit kronik yang memerlukan di kampung-kampung di kawasan DUN Demak Laut.


“Ini bagi meringankan beban dan memberi keselesaan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan.


“Kemudahan ini merupakan satu lagi inisiatif bantuan yang dilaksanakan khusus kepada warga DUN Demak Laut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkhidmatan pinjaman katil pesakit yang dilaksanakan di Kampung Tanjong Bako pada Selasa. 



Ditanya mengenai penggunaan katil penjagaan pesakit itu pada masa akan datang, Dr Hazland memberitahu ianya perlu dikembalikan bagi membolehkan pesakit lain menggunakannya. 


“Sebaik sahaja katil penjagaan pesakit ini selesai digunakan, ianya akan dikembalikan bagi membolehkan pesakit lain menggunakan katil itu,” ujarnya. 



Untuk warga yang tinggal di kawasan DUN Demak Laut yang memerlukan bantuan boleh terus menghantar pesanan menerusi whatapps 017-8585007. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top