Music

Header Ads

Thursday, November 19, 2020

PBB Cawangan DUN Demak Laut Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Bintawa Hulu


DEMAK LAUT, Kuching: Menyedari kesusahan dan kepahitan yang dialami mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Hulu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah menyerahkan sumbangan bantuan kepada mereka.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat. 


“Bantuan berupa barangan keperluan makanan dan harian ini diharap dapat membantu meringankan kesusahan mangsa-mangsa kebakaran.


“Kejadian kebakaran ini pastinya sukar untuk diterima lebih-lebih lagi kepada mangsa yang kehilangan segalanya terutamanya tempat tinggal.


“Saya mendoakan semua mangsa tabah menghadapi cabaran dan sentiasa berada dalam ketakwaan, keselamatan dan perlindungan Allah S.W.T,” katanya dalam status terbaru di Facebooknya pada Rabu. 


Dalam kejadian pada Sabtu, seramai 35 penduduk Kampung Bintawa Hulu hilang tempat tinggal selepas lima kediaman mereka musnah dalam kebakaran.


Kebakaran pada 1.30 pagi itu juga turut memusnahkan tiga kereta dan tujuh motosikal milik penghuni lima rumah terbabit. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top