Music

Header Ads

Friday, November 20, 2020

Bantuan Kepada Masyarakat Di DUN Demak Laut Diteruskan Mengikut Giliran, Kerajaan Sarawak Teruskan Agenda Bantu Rakyat


DEMAK LAUT, Kuching: Pusat Khidmat DUN N5 Demak Laut akan terus menghulurkan bantuan kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bagi meringankan beban dan kesusahan penduduk. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, sumbangan ini diagihkan mengikut giliran bagi memastikan mereka yang memerlukan dibantu. 


“Bagi memastikan setiap masyarakat yang memerlukan di kawasan DUN Demak Laut disantuni, bantuan sumbangan ini akan terus diagihkan secara bergilir.


“Kita mempunyai rekod mereka yang memerlukan bantuan dan setiap daripada mereka yang memohon bantuan akan kita pastikan menerima bantuan yang sewajarnya,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyampaian sumbangan kepada golongan istimewa di Kampung Tabuan Tengah pada Khamis. 


Dalam pada itu, Dr Hazland menyifatkan Belanjawan 2021 Sarawak yang telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Jumaat lepas sebagai belanjawan terbaik untuk rakyat Sarawak khususnya dalam menangani penularan wabak COVID-19.


“Pengumuman bantuan kepada nelayan yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak pada tahun 2020 diteruskan pada tahun 2021 dengan memperuntukkan sebanyak RM29 juta bagi seluruh Sarawak khusus ketika menghadapi musim tengkujuh.


“Turut diumumkan bantuan kepada petani di negeri ini sebanyak RM60 juta yang memfokuskan kepada mereka yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit dan getah yang mana harga komoditi itu turun naik mengikut harga pasaran dunia serta meningkatkan pengeluaran pertanian di Sarawak. 


“Tidak dilupakan mereka yang tercicir dalam permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebelum ini apabila Kerajaan Sarawak bersetuju membayar kepada RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada 82,000 ketua isi rumah B40 yang telah berjaya dalam rayuan 82,000 Ketua Isi Rumah dan 40,000 individu bujang B40 yang berjaya dalam rayuan akan dibayar secara sekali bayar RM500,” ujarnya. 


Bantuan yang diberikan Kerajaan Sarawak ini memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Sarawak kepada masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 dan dalam masa yang membantu mereka yang terjejas akibat musim tengkujuh dan kejatuhan harga kelapa swait dan getah di pasaran antarabangsa. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top