Music

Header Ads

Saturday, November 21, 2020

Bantuan Bukan Sahaja Ringankan Beban Masyarakat, Tetapi Juga Membolehkan Kehidupan Dapat Diteruskan



DEMAK LAUT, Kuching: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang mempunyai masalah dan keperluan mendesak boleh menghubungi Pusat Khidmat DUN Demak Laut. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, tidak semua daripada kita mampu khususnya dalam menempuhi kehidupan semasa penularan wabak pandemik COVID-19. 


“Penularan wabak pandemik COVID-19 yang berlaku di negara kita ketika ini telah banyak memberi kesan langsung kepada masyarakat. 



“Ada yang hilang pekerjaan, hilang mata pencarian dan perniagaan terjejas. Kini, kedatangan musim tengkujuh mula menjejaskan nelayan yang tidak dapat ke laut menangkap ikan. 


“Pastinya kesan ini menganggu kehidupan masyarakat yang tidak seperti dahulu lagi dan berubah sama sekali,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika selepas diminta mengulas mengenai penyampaian sumbangan kepada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan golongan yang memerlukan di kawasan DUN Demak Laut baru-baru ini. 



Jelas Dr Hazland lagi, keadaan ini telah mengundang kepada bantuan dan sumbangan yang sangat diperlukan masyarakat bagi memastikan kehidupan ini dapat diteruskan. 


Menyedari keperluan ini, beliau menambah bantuan yang dihulurkan ini bukan sahaja dapat meringankan beban, tetapi juga dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa ada rasa kekurangan. 



“Bantuan ini boleh menyelesaikan masalah yang sebelum ini menjadi halangan dalam kehidupan. 


“Selain itu, bantuan ini juga membolehkan apa yang diperlukan sebelum ini dapat diteruskan hingga selesai,” tambahnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top