Music

Header Ads

Sunday, November 22, 2020

Projek RTP Pembinaan Sistem Perparitan Kampung Pinggan Jaya Disambung Semula, Penduduk Lahirkan Rasa Syukur


DEMAK LAUT, Kuching: Satu Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Pembinaan Sistem Perparitan Kampung Pinggan Jaya kini telah disambung semula selepas tergendala akibat pandemik COVID-19. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, projek tersebut sepanjang 300 meter dibina dengan kos berjumlah RM350,000 pada 21 Oktober lepas. 


“Penyambungan kerja-kerja pembinaan Sistem Perparitan Kampung Pinggan Jaya telah menarik nafas lega buat penduduk kampung. 


“Projek ini amat diperlukan memandangkan keadaan sekarang yang kerap hujan disebabkan Angin Monsun Timur Laut yang berlaku di Barat Sarawak termasuk di Kuching. 



“Siapnya projek ini akan dapat menyelesaikan masalah banjir kilat disebabkan hujan lebat dan pengaliran air yang lebih terurus dan lancar,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas meninjau pelaksanaan Pembinaan Sistem Perparitan Kampung Pinggan Jaya pada Sabtu. 



Jelas Dr Hazland lagi, mengikut jadual asal Projek Pembinaan Sistem Perparitan Kampung Pinggan Jaya dijangka siap pada 19 Mac 2021.


“Disebabkan tertangguh akibat COVID-19, agensi pelaksana terpaksa menjadualkan semula projek ini bagi membolehkan kontraktor dapat menyiapkan segera mengikut tarikh baharu,” jelasnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top