Music

Header Ads

Monday, November 23, 2020

ADUN Demak Laut Terus Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban Pesakit Kronik Di Kampung Tanjong Bako


DEMAK LAUT, Kuching: Menyedari keperluan dalam menerima rawatan disebabkan penyakit kronik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laur Dr Hazland Abang Hipni telah menyampaikan sumbangan bantuan kepada beberapa pesakit kronik yang telah dikenal pasti di Kampung Tanjong Bako.


Sumbangan bantuan ini bertujuan meringankan beban pesakit dan keluarga dalam mendapatkan rawatan lanjutan bagi mengubati penyakit yang dialami ahli keluarga mereka. 


“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lebih-lebih lagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kanser otak, kanser payu dara dan kanser tulang yang memerlukan rawatan rapi bagi mengubat penyakit yang dihadapi.


“Adalah diharap sumbangan bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban harian pesakit-pesakit terutamanya dari segi pengangkutan, ubat-ubatan dan makanan,” katanya. 



Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya semasa menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik dan waris arwah di Kampung Tanjong Bako pada Sabtu. 


Hadir sama Ketua Kaum Rajidin, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Bako Bohri Abang dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjong Bako dan AJK PBB Ranting Tanjong Bako. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top