Music

Header Ads

Friday, November 27, 2020

Flag Off ‘Program Tautan Sepakat Membantu Rakyat’ Di Kampung Tabuan, Meliputi 108 Daerah Di Seluruh Negara


DEMAK LAUT, Kuching: Acara simbolik flag-off Program Kembara Prihatin Negara 2020 bertemakan ‘Tautan Sepakat Membantu Rakyat’ telah disempurnakan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah di Kampung Tabuan pada Rabu.



Program tersebut akan meliputi 108 daerah di seluruh negara dan akan berlangsung selama setahun.


Ianya bertujuan untuk membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 di samping menyebar luas perkhidmatan dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memenuhi keperluan dan ekspektasi rakyat.  



Dalam program itu, turut berlangsung penyerahan Kenyalang Gold Card (KGC), kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan Tabung Bantuan Segera serta Geran Usahawan dari Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS). 



Selepas itu, Dato’ Sri Fatimah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni beserta rombongan melawat dua buah rumah yang berdekatan bagi menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) Sarawak. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top