Music

Header Ads

Thursday, November 26, 2020

Keperluan 13 Buah Sekolah Rendah Di DUN Demak Laut Sentiasa Diberikan Perhatian Dan Sokongan


DEMAK LAUT, Kuching: Sebanyak 13 buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut sentiasa diberikan perhatian dan sokongan khususnya berkaitan keperluan pengajaran dan pembelajaran. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, keperluan ini merangkumi alat bantuan mengajar, komputer dan program yang melibatkan guru, ibu bapa dan murid-murid. 


“Di kawasan DUN Demak Laut terdapat 13 buah sekolah rendah dan mereka ini sememangnya mendapat perhatian yang sewajarnya daripada saya dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti murid.


“Setiap tahun sekolah-sekolah ini diagihkan dengan peruntukkan tahunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


“Tidak cukup dengan itu, peruntukkan lain turut juga diberikan bagi membeli peralatan mengajar dan belajar bagi kemudahan murid-murid seperti komputer, peralatan teknologi maklumat dan sebagainya,” katanya. 



Beliau ditemui selepas menyerahkan Sumbangan Tahunan Kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan Ulu pada Selasa. 


Ditanya mengenai program ini, Dr Hazland menjelaskan setiap tahun pihaknya mengagihkan peruntukkan kepada semua sekolah yang ada di kawasan DUN Demak Laut termasuk SK Tabuan Hulu.


“Di sekolah ini, difahamkan mempunyai 300 lebih murid-murid dan 40 pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU). 



“Peruntukkan ini bertujuan membantu pihak sekolah mengadakan program dan aktiviti yang dirancang bagi manfaat guru, ibu bapa dan murid-murid.


“Ini sekaligus mampu meningkatkan kualiti sekolah dari segi pencapaian akademik dan infrastruktur,” jelasnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top