Music

Header Ads

Monday, November 9, 2020

Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Tabuan Tengah, Tiada Kemalangan Jiwa Atau Kecederaan Berlaku


DEMAK LAUT, Kuching: Hujan lebat dalam tempoh tiga hari berturut-turut pada minggu lepas telah menyebabkan tanah runtuh berlaku di Kampung Tabuan Tengah. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, keadaan ini telah menyebabkan stuktur tanah mendap lalu menyebabkan tanah runtuh. 


“Syukur alhamdulillah kerana dalam kejadian tanah runtuh itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku.


“Selepas kejadian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Kuching dan Jawatnkuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Tengah telah turut sama datang  bagi membantu dan mengambil tindakan pantas dengan memasang plastik Geotextile di seluruh kawasan Bukit.


“Sehingga kini, masih ada sebuah rumah di kawasan atas bukit dan sebuah lagi di bawah bukit,” katanya. 


Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah baru-baru ini. 



Jelas Dr Hazland lagi, sebuah tembok konkrit sedang dirancang dibina di kawasan bukit itu bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang kembali.


“Sebuah tembok konkrit akan dibina di kawasan bukit itu bagi mempertahankan tanah bukit dari terus terhakis akibat air yang mengalir akibat hujan berterusan. 


“Untuk masa terdekat ini, kawasan tersebut akan ditutup dengan plastik Geotextile bagi menahan hakisan tanah,” jelasnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top