Music

Header Ads

Friday, November 6, 2020

Projek Baik Pulih Surau Taman Sepakat Jaya Menerusi RTP ADUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut diteruskan dengan baik pulih Surau Taman Sepakat Jaya.


Satu majlis penyerahan tapak Surau Taman Sepakat Jaya telah diadakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kontraktor yang dilantik bagi baik pulih surau itu dan disaksikan Ketua Kaum Abdul Rahman Ismawi. 


Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, Projek Baik Pulih Surau Taman Sepakat Jaya ini merupakan salah satu daripada Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2019 ADUN Demak Laut. 



“Surau Taman Sepakat Jaya ini wajar untuk dibaik pulih memandangkan keadaannya yang lama dan memerlukan perhatian segera. 


“Untuk itu, Projek Baik Pulih Surau Taman Sepakat Jaya telah dimasukkan ke dalam senarai Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Demak Laut dengan kos sebanyak RM50,000. 


“Kerja-kerja baik pulih ini telah bermula pada 3 November 2020 lepas dan dijangka siap pada 14 Disember 2020,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyerahan tapak kepada kontraktor terpilih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching pada Selasa. 


Hadir sama Ketua Ranting PBB Mohd Rubi dan wakil Pengerusi Surau Taman Sepakat Jaya Pengerusi Surau Abu Bakar Rafaei. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top