Music

Header Ads

Tuesday, November 3, 2020

Isu-Isu Tempatan Dan Setempat Jadi Perhatian, Ambil Berat Dan Cari Jalan Penyelesaian - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Hasil dialog mendapati kebanyakan perkara yang dibangkitkan dalam dialog yang diadakan itu melibatkan isu-isu tempatan dan setempat yang dihadapi penduduk seharian. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, isu-isu seperti tanah, perumahan, infrastruktur, kebajikan, sosioekonomi dan kepimpinan kampung sering dibangkitkan. 


“Saya melihat kebanyakan isu yang dibangkitkan itu adalah yang berlaku dalam kehidupan seharian penduduk. 


“Misalnya, isu-isu yang berlaku di Kampung Tabuan Hilir dan dibincangkan malam itu (Ahad) lebih berkisar kepada keadaan setempat penduduk. 


“Isu seperti tanah yang terhad untuk kediaman, infrastruktur yang sukar diadakan disebabkan kekurangan tanah dan sosioekonomi khususnya dalam mendapatkan pekerjaan selain kepimpinan kampung,” katanya. 


Beliau berkata demikian selepas mengadakan Dialog Isu-Isu Kampung Bersama Kepimpinan Tertinggi Kampung Tabuan Hilir pada Ahad. 



Mengulas lanjut keputusan dialog ini, Dr Hazland menjelaskan beliau memandang berat terhadap setiap isu-isu yang dibangkit penduduk dengan memastikan setiap isu itu mempunyai jalan penyelesaian. 


“Jika kita berada di kampung atau kawasan, belum tentu kita dapat melihat isu dan permasalahan yang berlaku itu secara menyeluruh lebih-lebih lagi jika kawasan atau kampung itu luas seperti Kampung Tabuan Hilir. 


“Untuk itu, pendekatan dialog sebegini yang membawa setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) yang ada di kampung seperti Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Ahli Jawatankuasa Pengurusan Surau, Kawasan Kejiranan Mesra (KJM), Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ternyata memberi input yang berguna.


“Ini sekaligus dapat merungkai dan menerangkan segala isu yang mungkin hanya disebabkan oleh kekurangan atau kesilapan kefahaman terhadap sesuatu perkara,” ujarnya. 



Selain Kampung Tabuan Hilir, dialog ini turut diadakan di 28 buah kampung yang ada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

No comments:

Post a Comment

Back To Top