Music

Header Ads

Thursday, December 10, 2020

Bako Fest Kembali Di Bulan Disember 2020, Cadang Dimasukkan Di Dalam Kalender Pelancongan Sarawak Akan Datang - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Bako Fest 2020 yang merupakan acara tahunan kini kembali lagi dan diadakan di sepanjang bulan Disember yang menyaksikan pelbagai acara menarik dipertandingkan. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, walaupun penganjuran kali ini akan mengikuti norma-norma baharu dalam membendung penularan wabak COVID-19, tetapi kemeriahan Bako Fest 2020 pasti akan dapat dirasai. 


“Pada kali ini, Bako Fest akan diadakan sepanjang bulan Disember 2020 dengan pelbagai acara menarik diadakan antaranya lumba penambang dan bot laju, futsal, sukaneka, pameran auto, pertandingan masakan tradisonal, kursus homestay dan banyak lagi.



“Sudah pastinya, menerusi penganjuran Bako Fest 2020 kali ini, ia sedikit sebanyak membantu penduduk menjana pendapatan dengan kehadiran pengunjung yang datang dan membeli barangan yang diniagakan. 


“Penganjuran kali ini akan diadakan setiap hujung minggu dan kemuncaknya pada penghujung Disember 2020,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bako Fest 2020 di Terminal Bako baru-baru ini.  



Mengenai Bako Fest ini, Dr Hazland bercadang mahu memasukkannya di dalam Kalender Pelancongan Sarawak yang semestinya akan memberi manfaat kepada penduduk setempat khusus di Bako untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pelancongan.


“Nama Bako sudah pun menitir di mulut pelancong-pelancong dalam dan luar negara dengan keindahan Taman Negara Bako dan pulau-pulau di sekitarnya seperti Pulau Lakei dan sebagainya yang cantik dengan alam semulajadinya. 



“Menerusi Bako Fest, penganjuran pelbagai aktiviti seperti sukan air dan rekreasi mampu menarik lebih banyak penyertaan yang semestinya memberikan pulangan yang lumayan kepada masyarakat dan negeri dalam industri pelancongan di Sarawak. 


“Untuk itu, saya berhasrat pada suatu hari nanti Bako Fest ini dapat di masukkan di dalam kalendar pelancongan Sarawak sekaligus menjana peluang ekonomi penduduk tempatan dan meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke Bako,” ujarnya. 



Untuk rekod, Bako Fest merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan Bako sebagai sebuah kawasan perkampungan nelayan yang mempunyai daya tarikan dan destinasi utama produk pelancongan selain Taman Negara Bako dan Pulau Lakei. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top