Music

Header Ads

Sunday, December 13, 2020

Rumah Komuniti Kampung Selabat Siap, Berusaha Tingkatkan Kualiti Pengurusan Kampung


DEMAK LAUT, Kuching: Satu lagi Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bagi Projek Pembinaan Rumah Komuniti Kampung Selabat siap. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, Projek Rumah Komuniti yang bernilai RM100,000 itu boleh digunakan semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang ada di kampung tersebut bagi menguruskan pentadbiran kampung. 


“Rumah Komuniti ini boleh digunakan secara bersama oleh semua pertubuhan kampung dalam urusan pentadbiran, mesyuarat, pusat maklumat, aktiviti dan khidmat. 

“Apa yang penting pejabat ini akan dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengurusan di peringkat kampung demi untuk kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat bersama,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyaksikan penyerahan rasmi Rumah Komuniti Kampung Selabat pada Jumaat. 


Sementara itu, ketika ditanya Projek RTP DUN Demak Laut, Dr Hazland menjelaskan kesemua projek tersebut kini sedang dilaksanakan di beberapa buah kampung mengikut perancangan. 

“Ada yang telah siap dilaksanakan dan ada yang masih dalam proses pembinaan. 

“Tidak dinafikan penularan wabak pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menganggu perjalanan pelaksanaan projek. 

“Begitu satu tindakan proaktif terpaksa dilakukan dengan menjadualkan semula projek bagi memastikan kesemua Projek RTP itu dilaksanakan bagi kemudahan masyarakat kampung,” jelasnya. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top