Music

Header Ads

Wednesday, December 16, 2020

16 Buah Pasukan Sertai Pertandingan Futsal Terbuka Kampung-Kampung Bako Sempena Bako Fest 2020


DEMAK LAUT, Kuching: Pelbagai acara menarik telah diadakan bersempena Bako Fest 2020 dengan salah satunya acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Futsal Terbuka Kampung-Kampung Bako. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, pertandingan ini melibatkan 16 buah pasukan yang diadakan secara liga dengan penyertaan terbuka kepada belia dan veteran di kawasan sekitar Bako. 

“Sebanyak 16 buah pasukan yang terdiri daripada belia dan veteran telah mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Futsal Terbuka Kampung-Kampung Bako. 

“Pertandingan akhir futsal akan diadakan pada 31 Disember nanti. 

“Menerusi acara sukan sebegini, ianya akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara belia dan penduduk kampung,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa semasa berucap merasmikan Pertandingan Futsal Terbuka Kampung-Kampung Bako pada Ahad. 


Ujar Dr Hazland lagi, penduduk di Kampung Bako perlu memanfaat peluang yang ada di kawasan mereka di mana banyak tarikan pelancongan yang boleh dikomersialkan. 

“Acara seperti ini dapat menyedarkan belia-belia betapa bertuahnya mereka berada di kawasan yang dianugerahkan banyak tarikan semulajadi pelancongan. 

“Malah, kawasan Bako ini juga telah diiktiraf sebagai warisan dunia dengan adanya Taman Negara Bako dan berpotensi tinggi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat,” ujarnya. 


Bako Fest 2020 merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut sebagai usaha mempopularkan Bako sebagai kawasan pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. -BULETIN DEMKA LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top