Music

Header Ads

Thursday, December 17, 2020

Nelayan Perlu Kuasai Kemahiran Dan Pengetahuan Asas - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut khususnya nelayan yang baru sahaja berkecimpung dalam bidang ini perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, seperti bidang lain industri perikanan juga memerlukan seseorang nelayan itu mempunyai kemahiran dan pengetahuan bagi membolehkannya menguasai bidang ini.  


“Kerja-kerja sebagai nelayan ini bukan hanya melibatkan kemahiran mendayung sampan, mengendalikan enjin dan memasang pukat, tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan dalam soal air pasang surut, cuaca dan sebagainya.


“Jika kemahiran dan pengetahuan ini ada pada setiap nelayan, pastinya mudah untuk mereka merancang dan mengendalikan peralatan nelayan untuk kemudahan mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Kursus dan Bengkel Membaiki Pukat di Dewan Masyarakat Kampung Goebilt pada Selasa.



Seramai 15 nelayan muda telah menyertai kursus dan bengkel ini selama dua hari anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak. 


Dalam pada itu, Dr Hazland turut menggesa setiap nelayan baru perlu mempunyai lesen dan mendaftar dengan persatuan nelayan seperti Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sri Muara dan PNK Bako Buntal.


“Apabila berdaftar dan mempunyai lesen, nelayan akan mendapat banyak manfaat dan bantuan yang disediakan kerajaan. 


“Ini seperti bantuan musim tengkujuh bernilai RM1,200 dan bantuan peralatan bernilai RM2,500,” ujarnya. 



Pada majlis itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan dana tahunan berjumlah RM10,000 untuk Tabung Bantuan Anak Nelayan. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top