Music

Header Ads

Friday, December 18, 2020

WiFi Kamek Penghubung Masyarakat Luar Bandar Kepada Era Digital


DEMAK LAUT, Kuching: Penduduk-penduduk di kawasan Tanjong Embang kini tidak lagi tersisih dengan dunia digital selepas pemasangan WiFi Kamek oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA). 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, pemasangan WiFI Kamek ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak yang mahu setiap masyarakatnya termasuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mendapat akses jaringan internet. 


“Pemasangan WiFi Kamek secara percuma oleh Kerajaan Sarawak menerusi SMA di Tanjong Embang ini membuktikan inisiatif kerajaan di bawah Gabungan Pasti Sarawak (GPS) berteraskan hak rakyat Sarawak diutamakan. 


“WiFi Kamek ini membolehkan beberapa buah kampung di Tanjong Embang seperti Kampung Tiang Api, Kampung Beradek, Kampung Semilang, Kampung Beradek Cina dan Kampung Sungai Pinang menerima akses internet,” katanya ketika mengulas mengenai pemasangan Wifi Kamek di Tanjong Embang pada Khamis. 



Dr Hazland juga berharap dengan adanya WiFi Kamek ini membolehkan penduduk-penduduk di Tanjong Embang merancakkan lagi aktiviti pendigitalan. 


“Dengan adanya kemudahan wifi percuma ini akan merancakkan lagi usaha ke arah pendigitalan samada dalam bidang pendidikan mahupun sosioekonomi. 


“Ini sejajar dengan aspirasi Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang mahu menjadikan Sarawak sebagai Ekonomi Digital dengan setiap masyarakatnya celik digital,” ujarnya. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top