DEMAK LAUT, Kuching: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Sarawak bermula 18 hingga 31 Januari 2021 bertujuan mengawal penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, keputusan ini perlu dilaksanakan disebabkan penularan wabak COVID-19 di Sarawak menunjukkan peningkatan yang ketara sejak akhir-akhir ini.
“Ini adalah langkah proaktif Kerajaan Sarawak untuk mengawal penularan wabak COVID-19 demi untuk keselamatan dan kesejahteraan semua,” katanya dalam entri terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Hazland yang juga merupakan seorang pengamal perubatan meminta masyarakat Sarawak patuh kepada garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan semasa PKPB bermula hari ini.
“Bersama kita mematuhi segala SOP PKPB seperti yang telah ditetapkan kerajaan demi kesejahteraan bersama.
“Jika tiada keperluan untuk keluar rumah pada masa ini adalah lebih baik duduk di rumah,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment