Music

Header Ads

Wednesday, January 20, 2021

ADUN Demak Laut Serah 130 Jaket Keselamatan Kepada Pengusaha Perahu Tambang Pastikan Keselamatan Pengguna Terjamin


DEMAK LAUT, Kuching: Ciri-ciri keselamatan bagi pengusaha dan penumpang perahu tambang wajar diberikan perhatian sepenuhnya. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini penting bagi memastikan tahap keselamatan mereka terjamin sekaligus meningkat kesejahteraan kehidupan rakyat. 



“Pengusaha dan penumpang perahu tambang harus mengambil berat terhadap keselamatan diri mereka ketika menggunakan perkhidmatan ini dengan menggunakan jaket keselamatan. 


“Walaupun jarak sungai tidak terlalu jauh, tetapi kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dalam tempoh yang singkat,” katanya semasa ditemui selepas menyerahkan 130 jaket keselamatan kepada 10 pengusaha perahu tambang Sungai Tapang-Balang pada Selasa. 



Mengulas lanjut, Dr Hazland turut menasihatkan pengusaha perahu tambang untuk mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh Sarawak ketika ini dalam mengekang penularan COVID-19. 



“Seperti pengangkutan lain, perahu tambang perlu juga mematuhi dan mempraktikan SOP demi keselamatan bersama. 


“Setiap perahu tambang dihadkan kepada 12 orang termasuk jurugan atau mengikut keluasan perahu tambang,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top