DEMAK LAUT, Kuching: Biarpun ketika ini seluruh negara dilanda penularan wabak pandemik COVID-19 dalam Perintah Kawaan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berada dalam Proklamasi Darurat, tugas sebagai wakil rakyat tetap diteruskan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, adalah rutin baginya untuk turun padang dan meninjau sendiri pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
“Berbeza sebelum ini, tugasan memantau projek-projek pembangunan kali ini tetap dilaksanakan dengan mengadaptasi norma baharu dan garis panduan Prosesur Operasi Standard (SOP) yabg ditetapkan kerajaan.
“Kesejahteraan kehidupan rakyat tetap terus diperjuangkan walaupun terpaksa dilakukan mengikut norma-norma baharu,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan tinjauan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Demak Laut di Kampung Pinggan Jaya pada Sabtu.
Sementara itu, ditanya mengenai tinjauan itu, beliau menzahirkan rasa puas hati progres projek membina sistem perparitan itu.
“Saya berpuas hati dengan progres pembinaan sistem perparitan di Kampung Pinggan Jaya.
“Saya berharap kerja-kerja ini dapat diteruskan sehingga selesai walapun ketika ini keadaanya tidak menentu disebabkan penularan COVID-19,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment