Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

Demokrasi Kini Lebih Bersikap Insklusif Berlandaskan Keperluan Dan Kesejahteraan Rakyat


KUCHING - Demokrasi tidak lagi dilihat dalam konteks kepartian sebaliknya ia menyentuh soal yang lebih inklusif dan berkepentingan ramai seperti keadilan sosial yang berlandaskan kepada keperluan dan kesejahteraan rakyat. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Sarawak melihat landskap politik sekarang dalam konteks keadilan sosial berbanding kepada konteks kepartian yang diamalkan sebelum ini.
"Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lepas seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam konteks demokrasi keadilan sosial berlandaskan keikhlasan, intergriti dan kepimpinan efektif yang memberi fokus kepada keperluan dan kesejahteraan rakyat.
"Jika pilihan raya menjadi ukuran semata-mata, maka kita hanya melihat demokrasi itu terlaksana lima tahun sekali sahaja.
"Justeru, kita perlu melihat demokrasi ini melangkaui pilihan raya termasuk memperjuangkan keadilan sosial, mensejahterakan rakyat dan mencapai perpaduan negara," katanya.
Beliau berucap semasa mengambil perbahasan penghargaan ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak semasa 
perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18 di sini, Jumaat lepas.Dalam konteks demokrasi hari ini, rakyat mahu melihat pemimpin dan kerajaan yang dipilih menunaikan janjinya mereka menerusi kepimpinan berintegriti serta dasar yang prorakyat. 
Dalam pada itu, Dr Hazland turut memberitahu bahawa rakyat mahu melihat Kerajaan Persekutuan yang ditadbir PH menunaikan manifesto mereka sebagaimana yang telah dijanjikan dalam pilihan raya.
"Harapan rakyat sekarang adalah mahu melihat Kerajaan PH dapat menunaikan janji manifestonya dan perlu membuktikan mereka dapat menguruskan kerajaan. 
"Apa yang rakyat hendak adalah kepimpinan berintegriti, tiada salah urus tadbir, mendengar suara rakyat khususnya golongan M40 dan B40 yang siang malam menangung peningkatan kos sara hidup akibat kegagalan untuk mengawal harga barangan walaupun GST telah disifarkan.
"Ini termasuklah rakyat tidak mahu ramai bakal kehilangan pekerjaan, pelabur asing meninggalkan pasaran negara, hutang negara dimanipukasi, kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, memansuhkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi golongan muda dimansuhkan dan menghapuskan bantuan awal persekolahan.
"Juga, rakyat tidak mahu bantuan wang musim tengkujuh penoreh getah dihapuskan, bantuan sara hidup dan wang nelayan sungai dihapuskan, bantuan wang pesawah padi dihapuskan, perkhidmatan Guru Al-Quran dihapuskan, pengambilan Bumiputera memasuki IPTA dikurangkan, menerima gaji yang rendah dan mahu gaji minima disamaratakan, mereka yang berpendapatan kurang dari RM4,000 tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN, membayar tol, namun tol masih belum dihapuskan, membayar kos perubatan yang tinggi dan menunggu Skim Peduli Sihat seperti yang dijanjikan. 
"Malah, rakyat di Sarawak dan Sabah masih menunggu penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," ujarnya.
Bagaimanapun, dalam tempoh ini Syarikat Petrolium Nasional Bhd (Petronas) telah memfailkan petisyen bagi mendapatkan perisytiharan memiliki kuasa enkslusif bagi mengawal selia industri minyak dan gas di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak. 

Justeru, segala perkhidmatan, perjuangan dan pembangunan yang dilaksanakan haruslah berpaksikan kepada 'rakyat' atau 'People Centric'. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top