Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

OMO 1958 Beri Kuasa Penuh Kepada Sarawak Kawal Selia Minyak Dan Gas


KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Yang Berhormat Dr Hazland bin Abang Hipni hari ini telah mengambil bahagian di dalam perbahasan The Oil Mining Ordinance (OMO) 1958 yang dibentangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan serta Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua di hari kedua, Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke Lapan Belas di sini.

Dalam ucapannya, Dr Hazland berkata pindaan The Oil Mining Ordinance (OMO) 1958 ini akan memberikan kita (Sarawak) kuasa dalam mengawal selia industri minyak dan gas di Sarawak.

"Atas niat dan tujuan perjuangan yang suci dan murni, kita mempunyai kuasa penuh untuk mngawal selia industri minyak dan gas Sarawak melalui OMO 1958 yang telah pun diluluskan di Dewan Undagan Negrri Sarawak (Sarawak Council) pada 1958 dan dikuatkuasa pada 9 Jun 1958. OMO 1958 ini masih lagi berkuatkuasa hingga ke hari ini.

"Dengan adanya pindaan ini, maka kerajaan Negeri Sarawak akan dapat menguatkuasakan OMO dengan lebih berkesan dan efektif demi untuk menjana pendapatan yang lebih baik bagi membantu golongan yang memerlukan dan melaksanakan projek-projek pembangunan asas, tanpa perlu terlalu bergantung kepada peruntukan Kerjaan Persekutuan," katanya ketika membahaskan OMO 58 pagi tadi.


Justeru, semua pemain industri minyak dan gas di Sarawak mestilah mematuhi segala perundangan yang telah termaktub dalam OMO 58 serta semua ordinan Sarawak termasuk Gas Distribution Ordinance and Land Code.

No comments:

Post a Comment

Back To Top