Music

Header Ads

Tuesday, August 7, 2018

ADUN N.5 Demak Laut Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Masyarakat Demak Laut


KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni telah mempengerusikan mesyuarat Ketua-Ketua Masyarakat Kawasan N.5 Demak Laut di pejabatnya di sini, Khamis lepas.
Mesyuarat tersebut yang dihadiri Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.5 Demak Laut diadakan bertujuan membincangkan keadaan semasa kampung-kampung yang ditadbir mereka.

Ini merupakan rutin bagi ADUN N.5 Demak Laut dalam mengetahui isu dan permasalahan yang dihadapi penduduk kampung bagi memastikan kehidupan penduduk dalam sejahtera.

Bagi penghulu dan ketua kaum, mesyuarat sebegini sangat baik untuk menyalurkan perkara yang dibangkit penduduk dalam usaha memastikan setiap permasalahan penduduk didengar wakil rakyat dan dalam masa yang sama memastikan dasar dan agenda kerajaan negeri dapat disalurkan kepada penduduk di peringkat akar umbi.

No comments:

Post a Comment

Back To Top