Music

Header Ads

Saturday, October 27, 2018

Dr Hazland Sampaikan Sumbangan Kepada 136 Penerima Asnaf Di Kampung Gobeilt


KUCHING, 27 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk Kampung Gobeilt dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf, Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim di Dewan Kampung Gobeilt di sini, malam tadi.

Seramai 136 orang penerima yang terdiri daripada 88 orang warga emas, 18 orang OKU, 19 ibu tunggal dan 11 anak-anak yatim menerima sumbangan daripada Dr Hj Hazland.

Turut menerima sumbangan 5 orang yang menghidap penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan dan bantuan bagi membiayai rawatan mereka.

Hadir sama Penghulu Hj Udin bin Damit, Ketua Kaum Kampung Gobeilt Hj Mokhtar bin Gane dan Ketua Ranting Parti pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Gobeilt Suadi bin Usop. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top