Music

Header Ads

Saturday, October 27, 2018

Penduduk Sambut Baik Sesi Taklimat Berkenaan Isu-Isu Semasa Di Peringkat Akar Umbi


KUCHING, 27 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni memberikan taklimat berkenaan Isu-Isu Semasa yang berlaku di Sarawak ketika ini di Dewan Kampung Gobeilt di sini, malam tadi.

Respon daripada penduduk kampung yang hadir sangat baik dengan beberapa soalan telah dikemukakan berkaitan dengan isu-isu yang berlaku pada hari ini antaranya pemberian bantuan kepada rakyat seperti BR1M, bantuan kepada nelayan tidak diberikan kerajaan Persekutuan selepas berlakunya pertukaran pemerintah, permohonan rumah mesra rakyat, kenaikan harga barangan di pasaran dan banyak lagi isu-isu lain.

Semua soalan ini telah dijawab Dr Hj Hazland dengan beberapa jaminan dan fakta yang benar dengan apa yang berlaku pada hari ini. 

"Inilah sebabnya mengapa Kerajaan Negeri Sarawak mahu mendapatkan kembali hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 ke atas mana-mana syarikat minyak yang mahu meneroka minyak di Sarawak.

"Perolehan daripada hasil minyak dan mendapatkan kembali hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti royalti minyak 20 peratus penting dalam kita (Sarawak) memperoleh kewangan bagi membangunkan negeri Sarawak dan keperluan rakyat Sarawak di luar bandar dan pedalaman," katanya.

Jawapan yang diberikan ADUN Demak Laut itu telah memberikan keyakinan kepada penduduk-penduduk kampung khasnya mereka yang bertanyakan soalan. 

Penduduk melahirkan rasa gembira di atas penganjuran program sebegini yang mana ia memberi peluang kepada penduduk berinteraksi dan bertanyakan soalan terus kepada Dr Hj Hazland selaku wakil rakyat di DUN Demak Laut.

Hadir sama Penghulu Hj Udin bin Damit, Ketua Kaum Kampung Gobeilt Hj Mokhtar bin Gane dan Ketua Ranting Parti pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Gobielt Suadi bin Usop. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top