KUCHING, 1 November - Sebanyak empat buah projek naik taraf sistem perparitan bernilai RM1.45 juta di empat buah kampung di Kampung Tabuan telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS).
Empat buah projek ini merupakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2018 di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni hadir bagi menyaksikan pengesahan projek-projek RTP 2018 yang telah dilaksanakan dan dikawal selia MBKS di Pusat Khidmat DUN Demak Laut di sini, semalam.
Projek-projek ini merangkumi Menaik Taraf Sistem Perparitan di Kampung Tabuan Dani yang berjumlah RM500,000, Kampung Tabuan Tengah bernilai RM300,000, Kampung Tabuan Hilir RM350,000 dan Kampuing Tabuan Lot RM300,000.
Turut hadir kaunselor daripada MBKS dan Penghulu Kampung Tabuan Jas Said.
No comments:
Post a Comment