Music

Header Ads

Saturday, November 10, 2018

Penduduk Kampung Bako Setuju Cadangan Naik Taraf Pembesaran Jalan Kampung


KUCHING, 2 November - Penduduk Kampung Bako bersetuju dengan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni yang mahu jalan kampung di Kampung Bako ini diperbesarkan sebagai kemudahan pengangkutan sejajar dengan siapnya Jambatan Bako.

Pembesaran jalan kampung ini melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Bako Hulu, Kampung Bako Tengah dan Kampung Hilir.

"Cadangan pembesaran jalan kampung melibatkan tiga buah kampung di sini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan jalan yang lebih selesa berbanding ketika ini.

"Siapnya pembesaran jalan kampung ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 orang penduduk di Kampung Bako Hulu, Kampung Bako Tengah dan Kampung Bako Hilir.

"Projek ini akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan penduduk menikmati kemudahan jalan yang lebih baik yang berhubung dengan Jambatan Bako," katanya selepas memberikan taklimat kepada kira-kira 138 penduduk di Masjid Kampung Bako di sini, semalam.

Dalam sesi penerangan itu, penduduk di tiga buah kampung itu sebulat suara bersetuju di atas cadangan pembesaram jalan kampung dan menyambut baik keprihatinan ADUN Demak Laut itu.

Projek pembesaran jalan kampung adalah projek di bawah Kerajaan Negeri Sarawak dan merupakan sebahagian daripada Projek Pembinaan Jambatan Bako yang kini telah siap dan dijangka akan dirasmikan Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Back To Top