Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Dr Hazland Sampaikan Anugerah Kecemerlangan STPM 2018 Kepada Pelajar Terbaik SMK Bako


KUCHING: Menghargai kejayaan yang ditunjukkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako dalam kecemerlangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni hadir dan menyampaikan sendiri sumbangan anugerah kecemerlangan kejayaan STPM.
Antara mereka yang menerima anugerah kecemerlangan STPM 2018 ialah adik Khairul Aishah, Chai Ming Lain, Arifadri dan Yulianti.
Sebelum itu, Dr Hazland mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar STPM 2018 yang telah berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan pihak sekolah, ibu bapa dan keluarga.
Ini merupakan batu loncatan kepada pelajar-pelajar STPM untuk menggapai lebih banyak lagi kejayaan selepas ini dengan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
"Anda layak meraikan kejayaan ini (STPM 2018) selepas dua tahun bertungkus lumus belajar dan mengulang kaji pelajaran.
"Ini bukannya mudah kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi dan semangat yang utuh untuk mencapai kejayaan.
"Teruskan mencipta kejayaan, teruskan mencipta kegemilangan dan teruskan mencapai apa yang dihajati dalam kehidupan," katanya selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar STPM 2018 di sini, semalam.
Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan dana kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bako.

No comments:

Post a Comment

Back To Top