Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

SCaTFAiR Platform Terbaik Pelajar Tunjuk Kemahiran Teknologi


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abg Hj Hipni hadir di perasmian Sarawak Career and Training Fair (SCaTFAiR) 2019 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pagi ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
SCaTFAiR berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir pada esok hari, 17 Mac 2019. 
Pelbagai acara menarik diadakan antaranya pertandingan, robot, kemahiran, teknikal dan sebagainya.
Hadir sama Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

No comments:

Post a Comment

Back To Top