Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Peserta Mahu Kursus Keusahawan Digital Diteruskan Untuk Rakyat DUN Demak Laut


KUCHING: Seramai 18 orang peserta Kursus Keusahawan Digital dari Kampung Tabuan Lama mahu kursus sebegini diteruskan.
Menurut wakil peserta Jenah bte Saree, 53 tahun berkata kursus yang diilhamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abg Hj Hipni kepada masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut ini sangat bermanfaat.
"Sebelum ini, saya mengusahakan kedai runcit di kampung di bawah nama Bayu Segar Enterprise di Tabuan Lama. Selain itu, saya turut menjual barangan jualan langsung seperti Avon, Tupperware dan Zhulian. Tidak ketinggalan membuat dan menjual kek lapis dan biskut.
"Sebelum ini saya telah menggunakan media sosial untuk mempromosikan barangan perniagaan, tetapi tidaklah menyeluruh kerana tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran.
"Hari ini, selepas mempelajari kemahiran digital di dalam media sosial, baharulah saya tahu bahawa media sosial merupakan medium terbaik untuk mempromosikan barangan jualan dan perkhidmatan," katanya selepas ditemui dalam Majlis Penyampaian Sijil Kursus Keusahawan Digital yang diadakan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, semalam.
Majlis Penyampaian Sijil Kursus Keusahawan Digital telah disempurnakan ADUN Demak Laut Dr Hj Hazland Abg Hj Hipni.
Dr Hazland turut menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada semua peserta kursus.
"Dalam mendalami ilmu perniagaan, kita bukan sahaja perlu mempunyai ilmu dan kemahiran, tetapi juga perlu mempunyai semangat juang, disiplin dan keyakinan.
"Bidang perniagaan ini mempunyai pasang dan surut. Untuk itu, setiap mereka yang menceburi bidang ini perlu cekal supaya hanya berniaga sekerat jalan," jelasnya.
Beliau turut yakin kepada kepada peserta-pserta Kursus Keusahawan Digital DUN Demak Laut ini bahawa selepas ini akan muncul usahawan-usahawan yang akan lahir dari kursus ini.

No comments:

Post a Comment

Back To Top