Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Tidak Rugi Belajar Keusahawanan Digital Walaupun Sudah Berumur


KUCHING: Mendalami ilmu media sosial untuk kegunaan perniagaan pada usia lanjut tidak menghalang peserta Habsah bte Anis, 50 tahun untuk turut serta dalam Kursus Keusahawan Digital.
Beliau yang menjalankan perniagaan mengambil upah menjahit pakaian selama 30 tahun menjelaskan pembelajaran kursus ini telah mengubah mindanya terhadap media sosial.
"Sebelum ini, saya hanya menganggap media sosial ini hanya untuk orang muda dan suka-suka sahaja.
"Selepas menghadiri kelas ini, barulah saya ketahui bahawa media sosial ini banyak kegunaannya khususnya dalam melibatkan jahitan pakaian yang diusahakan selama ini.
"Masih belum terlewat untuk saya mengikuti dan menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan jahitan pakaian ini," katanya semasa ditemui selepas Penyampaian Sijil Kursus Keusahawan Digital di Pusat Internet Kampung Bako Lot, semalam.
Selepas ini beliau akan mengaktifkan semula akaun Facebook miliknya sejak dua tahun lepas untuk mempraktikan apa yang dipelajari hari ini.
Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Bako Lot hadir bagi mengikuti Kursus Keusahawan Digital anjuran Pusat Khidmat DUN N.05 Demak Laut.
Sementara itu, Sapuiah bte kifli, 58 tahun yang mengusahakan pernigaan menjual kuih dan jahitan berasakan kursus ini wajar dipelajari oleh semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam perniagaan.
"Teknologi sekarang tidak memilih sama ada orang muda atau yang sudah berumur. Apa yang penting, kemahuan itu perlu ada.
"Seperti saya sendiri yang baru menceburi bidang perniagaan dan mempunyai akaun media sosial, selepas kursus ini saya akan mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk memperbesarkan perniagaan saya," katanya.
Bagi Rohani bte Umar, 47 tahun, media sosial ini pernah membantu saya dalam memperkembangkan lagi perniagaan penyediaan katering makanan.
"Baru sahaja menceburi perniagaan penyediaan katering makanan selama empat tahun, tetapi kurang menggunakan media sosial untuk promosi perniagaan yang diusahakan.
"Lebi senang menggunakan cara tradisional. Tetapi, selepas menghadiri kursus ini saya lebih yakin untuk menggunakan media sosial untuk memperkembangkan lagi perniagaan saya selepas ini," jelasnya.
Keyakinan yang sama turut diluahkan Noramida bte Majali, 25 tahun yang menjalankan perniagaan Popia Carbonara sejuk beku.
"Kebanyakan tempahan yang diterima adalah menerusi rakan-rakan dan orang kampung selepas berjumpa secara bersemuka.
"Juga, menghantar produk makanan ini di kedai-kedai dan sekolah-sekolah.
"Selepas ini, dengan kemahiran yang diberikan dan ilmu yang baru dipelajari ini, saya akan menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk jualan," katanya yang bercadang membuka gerai nasi lemak dan gula apong ais blended di hadapan rumahnya. 
Majlis Penyampaian Sijil Kursus Keusahawan Digital telah disempurnakan ADUN Demak Laut Dr Hj Hazland Abg Hj Hipni.
Dr Hazland turut menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada semua peserta kursus.
"Gunakanlah ilmu dan kemahiran yang diajar kerana semua ini untuk anda dalam memperkembangkan lagi perniagaan yang diusahakan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Back To Top