Music

Header Ads

Monday, December 30, 2019

Kampung Yang Bersih Cerminkan Keperibadian Penduduknya


KUCHING: Penduduk kampung khususnya yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut perlu memastikan kebersihan kampung sentiasa dijaga dan dipelihara. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata ini kerana kampung yang bersih mencerminkan tindakan dan perilaku penduduknya dalam menjaga kebersihan kediaman masing-masing. 

“Kampung yang bersih bukan sahaja cantik, tetapi juga mencerminkan keperibadian penduduknya dalam memelihara kebersihan. 

“Kebersihan adalah suatu cara untuk menghindarkan penyakit berjangkit yang dibawa nyamuk seperti demam denggi yang boleh membawa maut. 

“Jangan disebabkan adanya penyakit barulah hendak melaksanakan gotong-royong. Ini sudah terlambat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong Kampung Muara Tebas baru-baru ini. 

Sebelum ini, program yang sama telah diadakan di beberapa kampung di kawasan DUN Demak Laut sebagai mencegah penyakit berjangkit selain memastikan tiadanya berlaku longkang yang tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat. 

Tambah Dr Haji Hazland lagi, setiap daripada penduduk perlu memastikan kediaman mereka bebas daripada pembiakan nyamuk dan barangan yang tidak diperlukan perlu dibuang ke tempat pembuangan sampah.

“Keadaan cuaca yang sentiasa hujan boleh menyebabkan takungan air di beberapa kawasan yang dan mengundan pembiakan nyamuk. 

“Justeru, penduduk perlu pastikan tiadanya bahan buangan yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes dan penyakit bawaan haiwan seperti tikus, lipas dan sebagainya,” tambahnya. 


Untuk memastikan kebersihan kampung sentiasa terpelihara, program gotong-royong seperti ini perlu diterus dan diamalkan sentiasa demi kesejahteraan penduduknya. 




No comments:

Post a Comment

Back To Top