Music

Header Ads

Monday, September 7, 2020

‘Komuniti Policing’ Pastikan Keadaan Dan Suasana Kampung Selamat Dari Gejala Negatif


DEMAK LAUT, Kuching: Beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah pun melaksanakan ‘Komuniti Policing’ bagi menjaga persekitaran dan keselamatan kampung. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, menerusi ‘Komuniti Policing’ ini, keselamatan penduduk terjaga dan gejala negatif dari luar dapat dihindar. 


“Beberapa kampung di kawasan DUN Demak Laut sudah pun memulakan komuniti policing dan mereka menjaga kampung daripada kemasukan orang luar. 


“Sekiranya kawasan kampung dijaga, gejala-gejala negatif ini tidak mudah itu masuk ke kampung,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Inklusiviti DBKU Bersama Komuniti Kampung Senari di Dewan Komuniti Kampung Senari pada Sabtu. 



Dr Hazland juga menyeru penglibatan penduduk dan masyarakat di peringkat kampung dalam komuniti setempat bagi memastikan keadaan kampung cantik, bersih dan selamat. 


“Penglibatan komuniti kampung di dalam apa jua program amat diperlukan.


“Usaha bersama dengan DBKU penting bagi memastikan matlamat mencantikkan kampung tersebut tercapai. 


“Juga, membuatkan kampung tersebut lebih selamat dan seterusnya lebih bersih,” ujarnya. 



Beliau mengharapkan agar kesemua 13 buah kampung yang berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) serta kampung-kampung lain dalam DUN Demak Laut dalam keadaan cantik, bersih dan selamat. 


Pada majlis itu, disampaikan sumbangan dana kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Senari berjumlah RM5,000 dan bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). 



Turut disampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada 39 penerima yang tinggal di Kampung Senari. 


Hadir sama Datuk Bandaraya DBKU Datu Haji Junaidi bin Haji Reduan dan Ketua Kaum Kampung Senari Ali bin Amit. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top