Music

Header Ads

Saturday, September 12, 2020

Ibu Bapa Perlu Pastikan Tabiat Membaca Dan Penggunaan Teknologi Digital Anak-Anak Seiring



DEMAK LAUT, Kuching: Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan satu usaha terancang dan berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membina tabiat membaca di kalangan murid sepanjang tahun. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.


“Ibu bapa perlu pastikan anak-anak meneruskan tabiat membaca yang semakin kurang mendapat perhatian disebabkan perkembangan teknologi digital. 


“Adalah lebih baik ianya diselaraskan supaya perkembangan teknologi dan tabiat membaca ini memberi manfaat kepada perkembangan diri anak-anak yang sedang membesar. 



“Dengan membaca, anak-anak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran untuk diaplikasi dalam kehidupan mereka,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa berucap pada pelancaran NILAM di Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah Pending pada Selasa.  



Pada majlis itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan dana tahunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sumbangan kepada dua orang pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top