Music

Header Ads

Tuesday, September 15, 2020

Tanah Perkuburan Islam Berkonsepkan Taman Beri Manfaat Kepada 13 Buah Kampung Di Zon Bako


DEMAK LAUT, Kuching: Penduduk di 13 buah kampung di Zon Bako kini boleh menarik nafas lega apabila tanah perkuburan Islam baharu yang berkeluasan 62.3 hektar di Jalan Sungai Bako mula dilaksanakan. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, tanah perkuburan Islam baharu ini berkonsepkan dalam taman dan sistematik yang akan memberi manfaat kepada penduduk di 13 kampung, yang mempunyai kira-kira 50,000 penduduk. 



"Pembinaan tanah perkuburan Islam baharu merupakan fasa pertama dan akan dibina dengan prasarana moden, berkonsepkan kubur dalam taman yang pertama di Sarawak. 


“Ianya juga sangat sistematik dengan keluasan yang besar dan boleh digunakan untuk berpuluh tahun akan datang. 


"Malah, tapak perkuburan Islam baharu ini juga akan mempunyai bahagian masing-masing iaitu untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki serta reka bentuk kubur itu adalah sama," katanya. 



Beliau berkata demikian mewakili Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abdul Rahman Junaidi dalam Majlis Pelancaran Pembinaan Tanah Perkuburan Islam Berpusat Baharu Untuk Zon Bako pada Isnin. 


Tambah Dr Hazland lagi, pelaksanaan tapak perkuburan Islam baharu Zon Bako ini merupakan satu perjuangan yang telah diusahakan demi kebaikan penduduk di kawasan di Zon Bako. 


"Ia merupakan satu kebanggaan sekaligus memberi kelegaan kepada penduduk khasnya mereka yang tinggal di kawasan Zon Bako. 


“Permohonan untuk tapak perkuburan lain akan terus diusahakan sehingga ia diluluskan," tambahnya. 



Dalam pada itu, beliau turut meminta tanah perkuburan baharu untuk dua zon iaitu Zon Tanjung Bako dan Tanjung Embang yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 


"Permohonan ini telah dilakukan secara berperingkat-peringkat dan saya akan memperjuangkan permohonan ini sehingga dapat dan dipercepatkan kelulusan," ujarnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top