Music

Header Ads

Monday, April 26, 2021

‘Community Policing’ Harus Dipertingkatkan - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Penularan wabak pandemik COVID-19 di kalangan masyarakat wajar ditangani dengan bijaksana. 


Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni, usaha ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara di mana setiap masyarakat memainkan peranan penting. 


“Jawatankuasa penduduk seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (KMKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) wajar digerakkan sebagai penyelaras aktiviti pencegahan dalam komuniti seperti meningkatkan penguatkuasaan keselamatan, merekod pergerakan keluar masuk pelawat dan penduduk setempat, dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). 


“Di samping itu, masyarakat juga digesa melaporkan kepada kepada ketua komuniti dan pihak polis sekiranya ada melihat aktiviti berkumpulan atau pelanggaran SOP terutama sekali mereka yang sedang menjalani kuarantin. 


“Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) juga perlu melaporkan setiap aktiviti sosial yang dilaksanakan di peringkat kampung” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai situasi semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di Sarawak pada Isnin. 


Ini berikutan kes harian penularan COVID-19 di negeri ini masih tinggi dan keadaan ini memberi kesan langsung kepada masyarakat di Sarawak. 



Dalam pada itu, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menambah, agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Penerangan Malaysia dan sebagainya turut berperanan dalam menghebahkan maklumat terkini sebagai panduan kepada masyarakat. 


“Maklumat yang tepat dan benar penting kepada masyarakat terutama berkaitan SOP terkini sejajar dengan situasi semasa. 


“Ini penting supaya masyarakat sentiasa mengetahui dan patuh kepada SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” tambahnya. 


Untuk itu, beliau menggesa masyarakat bersama menjaga diri sendiri, keluarga dan orang lain daripada dijangkiti virus COVID-19 dengan mengamalkan kehidupan norma baharu dan patuhi SOP di mana sahaja. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top