Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

ADUN Demak Laut Hadir Di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Demak Laut Kampung Tabuan Lot


KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Yang Berhormat Dr Hj. Hazland bin Abang Hj. Hipni telah menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Demak Laut 1439H/2018M di Kampung Tabuan Lot, di sini.

Pada majlis itu, Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan kepada 280 orang penerima yang terdiri Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim dari Kampung Tabuan Lot. 

Turut sama hadir Penghulu Jas Said, Ketua Kaum Rokiah Temben, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tabuan Lot Ismail Ibrahim dan AJK PBB Tabuan Lot serta Seberkas Tabuan Lot.

No comments:

Post a Comment

Back To Top