Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

Majlis Gawai Raya PBB Kuching 2018 Meriah Dengan Makanan Dan Kebudayaan Tradisional


KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Yang Berhormat Dr Hazland bin Abang Hipni telah hadir di Majlis Gawai Raya PBB Kuching 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg dengan simbolik membelah lemang.


Beberapa Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sekitar Kuching termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli-ahli PBB Cawangan N.05 Demak Laut juga telah hadir bagi memeriahkan majlis.

Turut sama hadir Puan Sharifah Hasidah bte Sayeed Aman Ghazali, Pengerusi Penganjur Bersama bagi Majlis Gawai Raya PBB Zon Kuching 2018, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, Setiausaha Agung PBB Datuk Alexander Nanta Linggi, Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman serta pemimpin tertinggi PBB yang lain. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top